Sabah FC dikalahkan di Likas

KOTA KINABALU: Kesilapan saat akhir pada masa tambahan memberi sepakan percuma di depan gawang menyaksikan Sabah FC tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.

Pasukan Harimau Selatan berjaya mengutip tiga mata selepas mencjaringkan dua gol menerusi Fernando Forestieri, masing-masing pada minit ke-26 dan ke-95, dan mengecewakan lebih 20,000 penyokong Sabah yang membanjiri Stadium Likas.

Sepakan Park ke arah tepi gawang JDT pada minit ke-19 itu berjaya menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias dan membawa Sabah mendahului dengan 1-0.

JDT tidak berlengah melakukan serangan balas ke arah gawang Sabah sehingga akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-26 melalui Forestieri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *