Piala FA: Sabah mara pusingan kedua

SABAH FC menepati ramalan awal untuk mara ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan pasukan Liga M3, Respect FC 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Likas, pada Sabtu.

Bagaimanapun The Rhinos pimpinan Datuk Ong Kim Swee itu terpaksa menunggu babak kedua sebelum dapat merobek gawang pasukan pelawat hasil jaringan Ummareng Bacok (50′) dan Nazirul Naim Che Hashim (85′).

Biarpun tampil dengan status pasukan tahap tiga, namun rangkaian penyudah Respect FC tetap memberi ancaman terhadap gawang tuan rumah yang dikawal Damien Lim dengan beberapa percubaan berbahaya. – Sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published.