Kim Swee cabar bakat muda Sabah FC

Disebalik kehadiran pemain bintang, jurulatih Sabah Datuk Ong Kim Swee menggesa pemain-pemain mudanya untuk tidak berasa terancam namun sebaliknya Kim Swee mencabar mereka memburu kesebelasan utama Sabah FC.

Juurulatih berusia 51 tahun itu berkata, selain mengambil peluang untuk belajar daripada pemain berpengalaman, pemain muda kelab itu seharusnya mempamerkan bakat mereka dan membuktikan bahawa kemampuan mereka kepada Sabah FC.

Peminat bola sepak Sabah teruja untuk menyaksikan skuad Rhinos beraksi musim 2022 selepas skuad itu menandatangani beberapa pemain hebat liga.

Kini, Sabah FC mempunyai empat pemain kebangsaan iaitu pemain tengah Baddrol Bakhtiar, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, bek kanan Rizal Ghazali dan bek tengah Dominic Tan.

Skuad itu turut menandatangani pemain berbakat lain iaitu pertahanan tengah Badrul Affendy, penyerang Azhad Harraz Arman, pemain sayap Dirga Surdi, Stuart Wilkin, Tommy Mawat Bada, penjaga gol Damien Lim dan pemain tengah Irfan Fazail.

Pasukan itu sudah memulakan latihan pramusim dan akan menerima kehadiran Khairul, Baddrol, Rizal dan Dominic pada Selasa.

โ€œBanyak kerja yang perlu dilakukan tetapi saya tidak mahu terlalu mendesak mereka buat masa sekarang. Kami akan meningkatkan kualiti dan melakukan perkara penting lain kemudian.

โ€œKami mempunyai enam atau tujuh minggu sebelum perlawanan bermula yang mana memberikan kami masa yang cukup untuk melakukan perkara yang sewajarnya. Untuk perlawanan persahabatan, akan dilaksanakan sama ada di Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur.

โ€œSaya tahu ramai yang teruja terhadap pemain baharu. Tetapi apa yang penting ialah pemain muda boleh belajar daripada mereka dan kemudian mendorong diri mereka untuk masuk ke dalam pasukan utama.โ€ kata Kim Swee.

Bagi pemain import asing, pasukan itu mengekalkan pertahanan Korea Selatan, Park Tae-su dan pemain sayap Indonesia, Saddiq Ramdani.

Kim Swee juga mendedahkan bahawa dia akan melihat beberapa lagi pemain asing yang tidak bermain di mana-mana liga Malaysia.

โ€œSaya telah menerima panggilan daripada ejen tetapi kami tidak akan tergesa-gesa. Saya mesti mencari pemain yang sesuai dengan gaya kami dan boleh menyesuaikan diri dengan kami,” katanya. โ€” The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *