Kenapa perlu simpati? Embalo dibayar gaji untuk ‘perform’ — Penyokong Sabah FC

AKSI Derbi Borneo antara Sabah FC dan Sarawak United yang memihak tuan rumah dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Selalu lalu itu sekali lagi menjadi saksi kegagalan pemain import The Rhinos, Jose Embalo membuka akaun jaringan.

Dijangkakan akan memberi kejutan pada perlawanan itu, namun pretasi Embalo tidak menunjukkan sebarang peningkatan sejak menyertai Sabah FC pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia Jun lalu.

Aksi Embalo yang dilihat tidak begitu memberi impak di bahagian serangan itu sering menerima kecaman dari penyokong kerana sehingga kini dia belum menyumbang sebarang jaringan buat Sabah FC.

Di sebalik kecaman yang diterimanya, ada penyokong yang juga pemain ke-12 Sabah FC yang tampil memberi sokongan dan berasa simpati dengan nasib Embalo sehingga menyifatkan segelintir penyokong tidak mempunyai sikap kemanusiaan.

Bagaimanapun, bagi laman penyokong tegar Sang Badak, SABAH DIEHARD berpendapat penyokong perlu bersikap tegas dengan pemain berusia 29 tahun itu.

Baginya, simpati dan sokongan hanya perlu diberi jika pemain memberi persembahan terbaik di setiap perlawanan namun tidak menerima bayaran.

Berbeza dengan situasi Embalo yang tidak terpalit dengan isu gaji, namun masih gagal memberikan sebarang hasil buat pasukan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee setakat ini.

“Enam perlawanan tanpa gol dan lagu, lagu apa lagi kamu mau nyanyikan untuk dia? Berapa shoot on target dia? Berapa kali dia membantu gerakan yang menghasilkan gol?Berapa kali dia mencipta peluang gol? Berapa kali dia membantu membina serangan yang bermula dari bawah? Apa kebolehan dia yang kita nampak? HeaderAerial duel?Dribble?

“Jadi kamu kata dia kasihan? Kalau dia tidak dibayar gaji itu baru kasihan!! Tolonglah semua jadi realistiklah sikit….Syukur kita menang dengan jaringan satu gol hasil kombinasi Saddil (Ramdani) dan Baddrol (Bakhtiar). Sebagai seorang pemain import bukan ini yang kita harapkan,” katanya.

Sebelum ini, pengurus Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir memohon supaya seluruh peminat The Rhinos bersabar dan tidak memberikan tekanan terhadap Embalo.

Kegagalan Embalo sebagai penyerang Sabah FC itu juga mendapat perhatian portal Indonesia, Bolanas.comyang menyatakan sepakan Saddil Ramdani lebih tepat meskipun berperanan sebagai pemain sayap.

“Dua rembatan Saddil pada perlawanan malam tadi (Sabah FC Sarawak United) mengena sasaran lebih baik berbanding penyerang asing,Jose Embalo yang sentiasa dikritik,” memetik laporan laman negara jiran itu.

Selepas aksi Derbi Borneo itu, Sabah FC akan bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah dalam aksi Liga Super seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos depan. — Majoriti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *