Kekal fokus, pastikan tiga mata – Kim Swee

KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC diingatkan supaya tidak leka selepas mencatat kemenangan berganda dalam beberapa siri perlawanan lalu dan perlu fokus menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam esok.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, pemain perlu bekerja keras untuk memastikan Sabah FC tidak tercicir dan kehilangan mata penting pada aksi berkenaan.

Menurutnya, mereka tidak boleh mengambil kira faktor apa berlaku sebelum ini termasuk kejayaan menewaskan KDA FC di Stadium Likas pada perlawanan lalu.

“Itu adalah jangka masa yang cukup lama lebih-lebih lagi KDA FC baru tersingkir daripada peringkat separuh akhir Piala AFC baru-baru ini.


“Sudah pasti KDA FC ingin membuktikan mereka masih mampu bersaingโ€ฆkita percaya KDA FC juga antara pasukan yang terbaik dalam Liga Super musim ini.

“Kita tidak boleh memikirkan tentang apa perkara akan berlaku selepas ini terutamanya kepada pesaing terdekat Negeri Sembilan kerana mereka kini berada di belakang Sabah FC,” kata Kim Swee.

Kim Swee berkata, Sabah FC harus mengekalkan prestasi serta konsisten untuk mendapatkan mata bagi memastikan mereka berada dalam landasan betul untuk mencapai sasaran dan matlamat ditetapkan.

“Untuk pemain Sabah FC kerap kali saya katakanโ€ฆkita tidak boleh terlalu mengambil mudah dengan mana-mana pasukan.

“Ini termasuk pasukan berada di tangga teratas liga atau pun pasukan yang berada di bawah liga,” katanya. -BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *