Hajiji: Tingkatkan usaha untuk mencungkil bakat muda bola sepak di Sabah

KOTA KINABALU: Usaha perlu dipergiatkan untuk mencungkil bakat muda bola sepak dan menggalakkan lebih ramai belia di Sabah menceburi sukan itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Untuk menjadi pemain yang baik, seseorang itu mesti bermula dari usia muda. Saya mahu melihat penekanan diberikan kepada pembangunan belia dalam sukan, khususnya bola sepak.

โ€œSabah FC berada dalam kedudukan terbaik untuk menyediakan platform ini dan memastikan pemain muda kita dilatih oleh jurulatih terbaik,โ€ katanya pada majlis
pelancaran kit pasukan Sabah FC untuk musim baharu Liga Super di Imago di sini hari ini.

Hajiji yakin Sabah FC akan berjaya di bawah kepimpinan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bersama pasukan pengurusannya.

“Saya percaya dengan komitmen dan kerja keras, Sabah FC akan dapat bangkit sekali lagi. Teruskan dengan formula yang betul dan taraf bola sepak kita akan melonjak ke tahap yang baharu,” kata Hajiji.

Ketua Menteri turut menyifatkan bahawa Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) yang julung kali diadakan di Stadium Likas pada 12 hingga 18 Februari lalu melibatkan Kedah Darul Aman FC, Kelantan TRW, Sarawak United dan pasukan tuan rumah sebagai satu
inisiatif yang baik.

Selain membantu persiapan Sabah FC menghadapi musim baharu, kejohanan itu juga memberi peluang kepada peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan perlawanan berkualiti serta membolehkan pemain meningkatkan kemahiran, katanya.

Sabah FC di bawah kendalian ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee akan menampilkan pemain import asing dari Brazil, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia dalam kempen mereka pada musim ini.

Turut dalam barisan Sabah FC ialah merupakan empat pemain kebangsaan – Khairul Fahmi, Dominic Tan, Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Baddrol Bakhtiar – serta tiga bekas pemain Harimau Malaya, Amri Yahyah, Irfan Fazail dan Nazirul Naim Che Hashim.

Dalam kata-kata semangatnya kepada pemain negeri, Hajiji menggesa mereka supaya sentiasa mengekalkan komitmen dan profesionalisme yang tinggi sepanjang bersama pasukan ini.

“Anda mesti mempunyai disiplin yang baik, sentiasa melindungi reputasi pasukan dengan tahap profesionalisme yang tinggi. Dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja akan menjadi contoh kepada pemain yang lebih muda dan akan datang tetapi meletakkan anda pada kedudukan yang lebih baik (dalam kerjaya anda), ” katanya.

Beliau berkata Sabah pernah menjadi antara pasukan bola sepak elit negara yang melahirkan begitu ramai bintang seperti Datuk James Wong, Datuk Hasan Sani, Matlan Marjan, Peter Rajah.

โ€œJusteru, saya ingin melihat Sabah kembali menjadi pasukan hebat yang amat digeruni dan dihormati bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di rantau ini,โ€ katanya.

Pada pelancaran kit pasukan baharu Sabah FC, Hajiji gembira mengetahui bahawa ia telah digabungkan dengan elemen tempatan seperti Linangkit dan kontur Gunung Kinabalu, yang merupakan cara menarik untuk menjana pendapatan melalui penjenamaan pasukan.

Sabah FC telah menamakan jersi perlawanan di tempat sendiri sebagai โ€œMy Skin” manakala “Dua Belasโ€ ialah nama jersi tempat lawan mereka, yang ditaja oleh Lotto untuk tahun kedua berturut-turut.

Beliau juga berterima kasih kepada redONE kerana hadir sebagai salah satu penaja utama tahun ini, serta yang lain termasuk Sawit Kinabalu, SabahNet, Al-Ikhsan dan Qhazanah Sabah Berhad.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Khairul Firdaus Akbar, Pengarah Sabah FC, Dato Dr Jelani Hamdan dan Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *