WARISAN nafi runding dengan UMNO, BN kerajaan pintu belakang

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyatakan tidak wujud rundingan dengan mana-mana parti politik, termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang.

Hal ini ditegas oleh Ketua Penerangannya, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, bahawa andaian pelbagai pihak kebelakangan ini mengenai kemungkinan wujudnya pakatan baharu politik Sabah itu tidak akan berlaku.

“Banyak pihak meramalkan WARISAN mungkin bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk gabungan baharu yang bakal menggantikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah negeri ketika ini.

“Oleh kerana banyak andaian yang dikeluarkan penulis blog dan penganalisis politik, perlu saya tegaskan bahawa WARISAN tidak berunding atau berbincang dengan mana-mana parti politik, termasuk UMNO untuk menubuhkan kerajaan Sabah yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan, bersama BH, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *