Pemimpin Sabah perlu bersatu demi pembangunan negeri
KOTA KINABALU: Tiga pemimpin utama Sabah perlu duduk berbincang dan mengenepikan ego masing-masing bagi mencari kesepakatan demi pembangunan Sabah.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, secara peribadi, beliau berpendapat ketiga-tiga pemimpin utama Sabah iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal harus duduk bersama-sama dan berbincang demi kepentingan rakyat.
โKetiga-tiga mereka datang daripada parti yang sama dan mengenali antara satu sama lain.
โMalah, mereka tahu apa yang terbaik untuk Sabah jadi, jika ketiga-tiga mereka tidak boleh duduk bersama-sama, itu tindakan yang mementingkan diri. Mereka bertiga kena duduk berbincang bersama-sama.
โCukuplah buatkan rakyat Sabah menderita untuk sekian lamanya,โ katanya selepas majlis berbuka puasa semalam.
Khairul Firdaus berkata, ketiga-tiga pemimpin itu cukup berpengalaman dalam politik dan jika dilihat sudah dua tahun sejak Ketua Menteri memerintah Sabah.
โMohd. Shafie seorang yang berpengetahuan luas mengenai politik persekutuan dan mungkin dia boleh jadi Perdana Menteri pada masa hadapan manakala, Bung Moktar pula seorang pemimpin yang baik dan faham masalah akar umbi.
โBeliau (Bung Moktar) boleh membantu negeri Sabah dengan bersuara di Parlimen.
โKenapa kita tidak duduk bersama-sama. Parti berasaskan Kadazan Dusun Murut (KDM) sudah selesai kerana pemimpin KDM berada di bawah satu payung yang sama. Pemimpin bumiputera pula asyik bergaduh sesama sendiri,โ katanya.
Mengulas lanjut katanya, politik Sabah memerlukan reform dengan mewujudkan satu blok sendiri bersama-sama dengan Sarawak.
Itu akan memudahkan perbincangan pada masa hadapan berkaitan soal bajet dan perancangan pembangunan.- UTUSAN