Jasnih: Kerajaan GRS perlu diperkukuh selaras mandat rakyat

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baru berusia lebih setahun perlu terus diperkukuhkan selaras dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Pembantu Menteri Kewangan Jasnih Daya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit N.13 berkata, kerajaan GRS perlu diperkuatkan dengan fokus utama membela Kesejahteraan rakyat dan membangun negeri ini.

โ€œGRS merupakan nadi kepada Kerajaan Negeri hari ini, justeru kita perlu terus perkukuhkan dan mantapkan kerajaan sedia ada.

โ€œIni juga selaras dengan seruan dan kehendak Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mahu Kerajaan GRS terus dipertahankan dalam apa juga keadaan sekalipun,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan โ€œWalkaboutโ€ Tahun Baharu Cina (CNY) serta mengagih-agihkan Kad CNY dan Limau Mandarin di Pekan Tuaran, hari ini.

Jasnih mengulas kenyataan Bung Moktar semalam yang mengulangi bahawa Kerajaan GRS harus dipertahankan dalam apa juga keadaan sekalipun, untuk mengelakkan berlaku pilihan raya negeri.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, GRS tidak mahu ada pilihan raya berlaku. Sebab di Sabah baharu sahaja mengadakan pilihan raya, baharu setahun lebih. Jadi kalau ada lagi pilihan raya, sudah tentu tidak menyenangkan rakyat sekali gus menyebabkan rakyat akan marah kepada kerajaan.

โ€œSebab itu saya telah mengambil pendekatan untuk pastikan bahawa kerajaan yang kita bina ini akan terus mendapat sokongan daripada rakyat,โ€ katanya semasa mengulas pergolakan politik masa kini yang amat mencabar, terutamanya di peringkat nasional.

Jasnih yang menyokong kenyataan Bung Moktar menegaskan, fokus utama Kerajaan GRS ialah membangun negeri Sabah dan membela nasib rakyat ketika negeri dan negara dalam pasca pandemik COVID-19.

Katanya, pemimpin parti komponan dalam GRS juga perlu kurangkan โ€œpolitikingโ€, sebaiknya memberi fokus membantu rakyat serta membangun negeri ini.

Menurutnya, rakyat sudah memberi mandat kepada GRS mentadbir negeri ini, dan mereka mahu pemimpin Kerajaan Negeri GRS menunaikan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan dedikasih.

โ€œSebarang usaha oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menggugat kestabilan politik sedia ada di Sabah dibawah Kerajaan GRS harus ditolak,โ€ katanya.

Mengulas Retreat Wakil Rakyat dan pemimpin Kerajaan GRS yang akan diadakan pada bulan Februari, beliau yakin ia akan memantapkan lagi persefahaman, perpaduan dan kerjasama dalam keluarga GRS.

Jasnih mengagihkan kad dan Limau Mandarin semasa mengadakan โ€œwalkaboutโ€ CNY di pekan Tuaran. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *