GRS kini sebuah gabungan politik berdaftar 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, GRS telah berjaya didaftar sebagai sebuah gabungan politik yang sah di Sabah.

Katanya, beliau menerima sijil pendaftaran GRS daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) Jumaat lalu (Mac 11).

Hajiji mengumumkan ini semasa berucap di majlis pelancaran rasmi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

GRS terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Hajiji yang juga Pengerusi PN Sabah dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah turut mengalu-alukan permohonan parti KDM untuk menyertai GRS dan berkata, beliau akan membawa perkara ini untuk dibincangkan bersama parti komponen GRS yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *