Ahli Parlimen Sipitang dan Kimanis Menyertai Kabinet Baharu

KOTA KINABALU : Pengumuman kabinet telah dilakukan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setelah pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri, Jumaat lepas.

Seramai enam orang pemimpin dari Sabah telah dilantik menyertai kabinet kali ini, iaitu dua orang sebagai menteri penuh dan empat lagi sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet.

Dua ahli parlimen di Sabah merupakan wajah baharu dalam pelantikan tersebut iaitu ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa sebagai Timbalan Menteri Kewangan II manakala Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.

Empat pemimpin lain adalah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Jonathan Yasin kekal sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri II, dan Datuk Arthur Joseph Kurup yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dilantik menjadi Timbalan Menteri Kerja Raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *