ADUN Pitas nafi sokong Warisan
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas YB Ruddy Awah melalui laman rasmi peribadi beliau menafikan mesej yang tular di aplikasi WhatsApps yang menyatakan nama beliau dan beberapa ADUN bebas kononnya menyokong Warisan.
“Beberapa hari ini tersebar mesej memaparkan nama saya dan beberapa pemimpin lain di aplikasi WhatsApp didakwa akan menyokong Kerajaan WARISAN untuk membentuk kerajaan di Negeri Sabah adalah tidak benar”
“Saya menafikan dakwaan dalam mesej tersebut yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana ia adalah fitnah semata-mata”
Ruddy juga menegaskan terus menyokong penuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kempimpinan Datuk Seri Palinglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Di sini saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong penuh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor”
Tambahnya lagi, beliau mengesa orang ramai untuk hentikan penyebaran mesej fitnah yang tular tersebut.
“Oleh itu, saya menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran mesej berkenaan dan menyiasat dahulu kesahihan maklumat yang disebarkan di media sosial.”