‘UMNO Sabah ada autonomi, kami akan bekerjasama dengan Bersatu’ – Bung Moktar

KUALA LUMPUR:ย Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu benar-benar wujud, namun ia tidak bermakna perlu menghancurkan perjuangan yang dibawa kesemua parti dalam gabungan tersebut.”Memang ada timbul isu tidak puas hati seperti UMNO tidak puas hati, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak puas hati dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga sama tidak puas hati kerana (mendakwa) UMNO memperolehi banyak jawatan, sedangkan tidak.

“Jadi, susah untuk (kita) puaskan hati semua orang (pemimpin dalam GRS) namun, ini tidak bermakna rasa tidak puas hati itu perlu menghancurkan perjuangan dan yang penting semua pemimpin GRS perlu ada keikhlasan dan pertahankan apa yang kita ada ketika ini,” katanya kepadaย Astro AWANIย di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini tular spekulasi mengenai keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Janda Baik, Pahang untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, UMNO Sabah tetap akan bekerjasama dengan Bersatu menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini.”Di Sabah, UMNO ada kuasa autonomi, jadi kami tenang dulu daa tetap (jalinkan kerjasama dengan Bersatu).”Setakat ini, kami tiada isu dan tiada masalah. Kami tetap akan jalin kerjasama (dengan Bersatu dan parti-parti dalam GRS),” katanya.Sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menegaskan pihaknya tetap meneruskan kerjasama dengan Bersatu. – AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *