Kerjasama semua pihak dalam perang kepada covid 19

  1. Terima kasih kepada PM yang sedia mendengar dan melakukan perubahan mengikut suara rakyat.
  2. Golongan belia menyambut baik pengumuman PM berkenaan undi 18 yang akan dilaksanakan dan menghadkan tempoh jawatan PM kepada hanya 2 penggal.
  3. Penglibatan lebih ramai anak muda dalam menentukan kepimpinan negara akan memberi ruang dan peluang kepada anak muda menyampaikan aspirasi dan pandangan mereka.
  4. Pengumuman PM tersebut memperlihatkan kesediaan kerajaan bekerjasama dengan semua pihak. Keputusan untuk membawa semua parti politik terutamanya pembangkang memperlihatkan kesediaan kerajaan membawa aspirasi semua pihak demi rakyat.
  5. Pada ketika perang kepada COVID-19 sedang memuncak ketika ini perlu untuk semua pihak bekerjasama tidak kira siapa dan pihak mana kerajaan atau pembangkang, semuanya demi rakyat.
  6. Gencatan politik dan kerjasama dewi partisan perlu bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada pihak kerajaan melaksanakan segala perancangan untuk melandaikan statistik dan bilangan mangsa-mangsa covid-19 ini.
  7. Kita tahu dan maklum, dalam suasana pandemik dan politik ketika ini, pertukaran kerajaan dan kepimpinan negara tidak akan menjamin kestabilan dan kejayaan kepada perang kepada COVID-19 yang akan manfaat kepada rakyat.
  8. Golongan belia sudah bosan dengan permainan politik berlebihan, kami menyeru semua pihak untuk bekerjasama dan membantu rakyat dalam menghadapi kepayahan dan kesukaran ketika ini oleh kerana kesan pandemik ini.

AG MARJOHAN AG AMIN
Timbalan Pengerusi
Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *