Usaha berterusan jamin kelangsungan bekalan makanan negara

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini mengambil maklum status bekalan makanan negara yang dibentangkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi lapan (8) komoditi makanan utama iaitu daging ayam, daging lembu/kerbau, telur, susu segar, ikan, buah, sayur dan beras.

Secara amnya, bekalan makanan negara masih mencukupi dan bekalan ayam juga beransur pulih pada minggu pertama dan kedua bulan Jun 2022.

Mesyuarat Kabinet bersetuju dengan pelaksanaan tiga (3) lagi intervensi tambahan bagi menangani isu bekalan sekaligus merancakkan aktiviti pengeluaran makanan domestik, antaranya:

(i) Program Kebuniti Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi tahun 2022 yang dapat memanfaatkan hampir 1,350 penerima yang terdiri
daripada pelbagai peringkat termasuk komuniti, usahawan dan koperasi terlibat dalam rantaian pengeluaran pertanian komuniti.

(ii) Program Stokpail Ikan Segar Beku Q-FISH sebagai persediaan untuk menampung bekalan semasa musim tengkujuh dan monsun melibatkan penyediaan kuantiti stokpail sebanyak 1,000 tan metrik dengan peruntukan sebanyak RM7 juta.

Sebanyak 135 pasar nelayan dan 103 outlet sedia ada LKIM dimanfaatkan sebagai saluran pasaran serta ejen baharu dengan fasiliti penyimpanan bakal diwujudkan di 222 kawasan parlimen yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.7 juta; dan

(iii) Penambahan abattoir dan loji pemprosesan luar negara bagi meningkatkan
dan mempelbagaikan sumber import bekalan ayam dan daging.

Bagi bekalan ayam, pertambahan loji pemprosesan ayam melibatkan 51 buah loji dengan 33 loji dari enam (6) negara sumber sedia ada manakala 18 adalah sumber loji baharu juga dicadangkan dari lapan (8) negara.

Manakala, bagi bekalan daging/kerbau/kambing, pertambahan 94 abattoir ruminan baharu iaitu 82 buah
abattoir di negara sedia ada dan dua belas (12) buah abattoir dari sembilan (9)
negara sumber baharu.

MAFI sedang giat melaksanakan pemberian subsidi kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari lalu.

Kerajaan telah meluluskan pemberian subsidi pada kadar RM0.60/kg dari 5 Februari hingga 30 Mac dan RM1.40/kg bagi tempoh 1 April 2022 hingga 30 Jun 2022.

Sehingga 14 Jun 2022, sebanyak 2,487 permohonan tuntutan subsidi dengan RM178.16 juta telah diluluskan oleh MAFI.

Semua penternak boleh terus kemukakan permohonan sehingga supaya subsidi dapat disalurkan.

Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara juga terus bersidang secara mingguan untuk terus memperhalusi langkah-langkah dan intervensi bagi menangani isu bekalan makanan negara selain memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan-tindakan susulan semua inisiatif dan langkah intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan.

Kerajaan memantau status sekuriti makanan negara secara berterusan dalam memastikan kebolehcapaian makanan yang cukup, selamat, berkhasiat dengan harga
berpatutan secara berterusan oleh rakyat.

Kerajaan juga prihatin tehadap pengeluar
makanan yang memainkan peranan penting dalam memastikan ketersediaan makanan
kekal terjamin untuk โ€˜Keluarga Malaysiaโ€™.

DATUK SERI DR RONALD KIANDEE

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *