Tumpukan pemberian dokumen kepada rakyat Sabah, bukan warga asing, Putrajaya diberitahu
KOTA KINABALU: Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mempersoalkan langkah kerajaan persekutuan memberi tumpuan istimewa terhadap warga asing, sedangkan rakyat tempatan negeri itu yang sepatutnya diberikan penumpuan.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan, berkata ramai penduduk asli Sabah, terutamanya di kawasan terpencil, berdepan masalah kekurangan dokumentasi susulan berdepan masalah pengangkutan untuk mendaftarkan kelahiran mereka.
Bagaimanapun, pendatang asing tanpa dokumen sah sepatutnya dilayan mengikut undang-undang, yang mana mereka sepatutnya โditangkap, didakwa di mahkamah undang-undang, dan diusirโ, katanya memberi respon susulan pengumuman Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, yang mengatakan kerajaan sedang mempertimbang cadangan daripada kerajaan Sabah menyediakan kad pengenalan kepada warga asing di negeri itu.
Kitingan berkata, rakyat tempatan tidak seperti pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen, mampu mengenalpasti susur galur dan sepatutnya diberikan dokumen berkaitan serta diberikan taraf warganegara.
โMengapa warga asing diberikan layanan istimewa (bila) mereka melanggar undang-undang imigresen kita dan melakukan jenayah dengan masuk secara haram ke negara ini?โ katanya.
โMemberikan mereka dokumen pengenalan tidak akan menghalang masalah pada masa depan, selain tidak akan memberi jaminan mereka ini tidak kembali melakukan jenayah sama. Ia tidak menyelesaikan apa-apa.โ
Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Gee Tien Siong, berkata sebaliknya kerajaan negeri sepatutnya menumpukan melaksanakan kad pengenalan Sabah, yang dikeluarkan kepada rakyat Sabah, yang mana mengukuhkan dan memberi jaminan hak rakyat Sabah seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.
โKad pengenalan (IC) Sabah adalah satu-satunya penyelesaian untuk menyelesaikan masalah migran tidak berdokumen di negeri ini, termasuk isu kewarganegaraan meragukan dan pengundi hantu kesan daripada Projek IC,โ katanya dalam kenyataan.
โProjek ICโ adalah terma merujuk kepada dakwaan pemberian taraf kewarganegaraan sistematik kepada pendatang asing dengan memberikan mereka kada pengenalan pada 1990-an.
โRamai penduduk asal Sabah masih lagi tidak mempunyai nama dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jadi, mereka memerlukan IC Sabah juga.
โMengapa pendatang asing tanpa dokumen diletakkan sebagai tumpuan utama, sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia di Sabah diabaikan,โ soal Gee.
Awal hari ini, Ketua Menteri Hajiji Noor, berkata dokumen disebut Hamzah sebenarnya adalah โkad warga asingโ.
Hajiji berkata, ia hanyalah cadangan untuk dibincangkan lebih lanjut oleh kerajaan negeri sebelum keputusan akhir dimuktamadkan. Katanya, cadangan berkenaan tidak membabitkan pemberian dokumen kepada warga asing sehingga menjurus kepada pemberian taraf kewarganegaraan.
Beliau berkata, kad terbabit dicadangkan seperti dokumen standard bagi menggantikan kad pelarian IMM13, kad burung-burung dan sijil banci, yang mana sebelum ini menjadi dokumen pengenalan kepada pendatang asing dan pekerja asing sah di Sabah.
Antara cadangan lain, katanya, membabitkan pengeluaran โkad pekerja warga asingโ yang dikeluarkan kepada semua pekerja asing dalam pelbagai sektor di negeri ini. – FMT