Sarawak mengalu-alukan status Wilayah kembali semula

KUCHING, 8 April: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah setuju sekiranya Sarawak dikembalikan status sebagai Wilayah.

Beliau berkata, pandangan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyddin Yasin untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak daripada ‘negeri’ kepada ‘wilayah’ sangat dialu-alukan seperti yang termaktub dibawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jelasnya, Sabah dan Sarawak tidak boleh dikategorikan seperti negeri-negeri lain kerana pada awal pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, kedua-duanya adalah rakan sekutu yang bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Justeru itu, beliau berharap Kerajaan Persekutuan menilai semula serta meminda Perkara 160 dibawah MA63 secepat mungkin.

Tambah beliau, apabila Sabah dan Sarawak diletak sebagai Wilayah nanti, ia bukan lagi dibawah Federasi seperti dulu tetapi lebih kepada Konfederasi.

Dibawah merupakan sedutan video ucapan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang bersetuju sekiranya Sarawak dikembalikan status sebagai Wilayah.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah setuju sekiranya Sarawak dikembalikan status sebagai Wilayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *