Ronald sempurnakan Flag Off

KAJANG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah melancarkan program promosi dan publisiti bagi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) Edisi 2022 di laluan MRT Sungai Buloh ke Kajang hari ini.

Majlis yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dalam satu sesi flag off merupakan sebahagian daripada aktiviti MAFI bagi mempromosi MAHA 2022.

Laluan MRT Kajang dipilih kerana laluan ini mempunyai sebanyak 29 buah stesen, dengan jumlah sebanyak 58 buah MRT, dan juga 25 buah pasaraya berdekatan di sepanjang laluan.

Dalam satu kenyataan, Ronald berkata MAHA 2022 merupakan pameran pertanian terbesar dan berprestij yang akan menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi-inovasi tempatan dan luar negara, strategi-strategi pemasaran dan pengeluaran secara efektif serta lain-lain pendekatan yang mampu membantu sektor tersebut.

Katanya bertemakan โ€œSekuriti Makanan Untuk Masa Depanโ€ atau โ€œFood Security for the Futureโ€, MAHA 2022 yang diadakan secara dwi-tahunan ini walaupun secara khusus adalah mengenai pertanian, hortikultur dan agro-pelancongan, ianya telah berkembang sehingga menjadi sebahagian dari landskap negara yang mempamerkan kemajuan serta pencapaian Malaysia.

Antara objektif MAHA yang disasarkan, termasuk aktiviti pemadanan perniagaan (business matching), mempamerkan teknologi dan inovasi terbaharu dalam bidang agromakanan dan menjelaskan hala tuju dan menyediakan platform untuk perkembangan perniagaan dalam dan luar negara.

Turut disasarkan adalah menggalakkan penglibatan generasi muda menceburi bidang perniagaan pertanian, memartabatkan MAHA sebagai pameran perdagangan pertanian yang terunggul dengan menarik penyertaan syarikat-syarikat korporat dan pemain industri dan memberi dorongan dan meraikan barisan hadapan sektor agromakanan yang merangkumi golongan peladang, penternak dan nelayan serta pengusaha agromakanan di sepanjang rantaian nilai.

Di samping itu, MAHA 2022 juga memberi penekanan kepada acara perdagangan dan perniagaan bagi menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat swasta dalam dan luar negara.

Malah bagi mengimbangi daya tarikan pengunjung, MAHA 2022 akan diselitkan juga dengan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) melalui aktiviti pameran hasil dan produk pertanian oleh peladang, penternak, nelayan dan usahawan tani.

MAHA 2022 dijangka akan menarik seramai 100,000 orang pengunjung sehari secara purata dengan jangkaan sasaran lebih daripada RM250 juta potensi nilai jualan termasuk padanan perniagaan.

MAHA 2022 ini akan menjadi indikator utama dalam usaha kerajaan melalui MAFI memacu pemulihan sektor pertanian dan agromakanan negara selain membantu usahawan tani untuk pulih dan menjamin sekuriti makanan negara.

MAHA 2022 akan diadakan pada 4 hingga 14 Ogos 2022 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pameran, sila layari https://mahaexpo.my/ -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *