Perkhidmatan e-Filing bagi Tahun Taksiran 2020 bermula 1 Mac
KUALA LUMPUR (Bernama): Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagiย Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP bermula 1 Macย ini.
Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini, sistem e-Filing boleh diakses melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan terus ke ‘MyTax’, seterusnya ke ‘Perkhidmatan ezHasilโ dan ‘e-Filing’.
Bagi pembayar cukai yang mendaftar masuk buat kali pertama, mereka perlu mendapatkan nomborย PIN terlebih dahulu dengan hadir di kaunter cawangan LHDN atau secara dalam talian menerusi Borang Maklum Balas di portal rasmiย LHDN, manakala bagi yang terlupa kata laluan, mereka boleh tetapkan semula kata laluan baharu melalui e-mel atauย nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDN.
Bagi yang menghadapi masalah, mereka boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (untuk yang berada dalam negara) dan 603-8911 1100 (di luar negara) atau mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN yang berdekatan.
LHDN menjangkakan hampir 530,000 borang E Tahun Saraan 2020 akan diterima daripada majikan berdaftar, manakala sekitar 3.27 juta borang BE, B, BT, M dan MT, diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 bagi 2020.
Maklumat lanjutย mengenai Program Memfail Borang Nyataย bagiย 2021 boleh didapatiย diย http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf.ย -SUMBER: BERNAMA