Penangguhan umrah berkuat kuasa sebulan

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju untuk menangguhkan perjalanan umrah bermula 8 Januari selama sebulan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kadar risiko penilaian jangkitan Omicron itu dibuat.

“Jemaah menteri semalam bersetuju penangguhkan sementara diteruskan untuk tempoh sebulan dan akan membuat penilaian risiko dan akan mula balik umrah kepada mereka yang ingin ke tanah suci selepas itu.

Beri peluang untuk kita perketatkan lagi SOP jemaah dari Malaysia, menerusi perbincangan dengan Arab Saudi, agensi pelancongan, kementerian berkaitan dan konsulat di sana.” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, kerajaan akan buka semula (perjalanan umrah) dengan lebih selamat, tetapi bukan pada waktu sekarang berikutan terlalu banyak kes jangkitan COVID-19 terutama varian Omicron.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *