Miskin tegar: Sabah akan diberikan tumpuan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata,ย Sabahย akan diberikan tumpuan dalam usaha kerajaan untuk membasmi miskin tegar menjelang 2025.

Mustapha berkata, berdasarkan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES&BA) 2019, pendapatan isi rumah kasar bulanan purata di negeri itu adalah RM5,745 iaitu lebih rendah berbanding dengan purata nasional sebanyak RM7,901.

โ€œKadar kemiskinan di Sabah pula pada 2019 adalah 19.5 peratus manakala 5.6 peratus di peringkat nasional pada tahun yang sama. Oleh itu, dalam usaha kerajaan untuk membasmi miskin tegar menjelang 2025, Sabah adalah antara negeri yang akan diberi tumpuan yang tertinggi. 

โ€œKerajaan sedar bahawa ketidaksamaan pembangunan antara wilayah dan negeri masih wujud, termasuk Sabah,โ€ katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan).

Vivian ingin tahu keadaan Negeri Bawah Bayu itu yang jauh ketinggalan di belakang berbanding negeri yang lain dalam soal pembangunan infrastruktur, dengan kadar kemiskinan yang tinggi, peluang pekerjaan yang kurang dan kos hidup yang tinggi.

Menurut Mustapha, bagi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di Sabah, buat kali pertama, satu bab khusus untuk memperkukuh pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak telah dirangka dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

โ€œAntara lain, strategi utama yang digariskan termasuklah memantapkan penyediaan infrastruktur, menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial dan memperkukuh pembangunan inklusif. 

โ€œBagi mempercepatkan pembangunan di negeri-negeri yang kurang membangun, kerajaan telah memberi komitmen untuk mengagihkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada peruntukan pembangunan asas Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri tersebut, termasuk negeri Sabah,โ€ katanya. โ€“ย UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *