Menteri, Timbalan Menteri sumbang tiga bulan gaji – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sebagai tanda sokongan, barisan jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.

“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).- BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.