Mengabaikan MA63 sama seperti mengabaikan Persekutuan Malaysia: Ongkili
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan cadangan Perjanjian Malaysia baharu sebagai “pendek akal dan mengelirukan”.
Sambil menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu berkata Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah dokumen yang suci dan cukup bermakna sebagai asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia.
โMaksudnya, tanpa MA63, tiada Malaysia.Tambahan pula, pindaan perlembagaan yang diluluskan sebulat suara oleh Parlimen pada Disember 2021, MA63 kini menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.
โCadangan untuk Perjanjian Malaysia baharu, seperti yang dinyatakan oleh Tok Mat, dan disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan adalah tidak munasabah, mengelirukan dan boleh melemahkan Malaysia,โ kata Ongkili, dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menegaskan bahawa adalah tidak patut untuk mana-mana rakyat Malaysia mengabaikan MA63 dan menggantikan dengan perjanjian baharu, apalagi kandungan perjanjian yang tidak jelas.
โAdakah perjanjian baharu itu akan mengukuhkan asas dokumen MA63, atau ianya diabaikan? Berdasarkan penerangan terhad yang diberikan oleh para pencadang mengenai perjanjian baharu ini, pada pendapat saya ia adalah tindakan yang salah untuk mengabaikan MA63 semata-mata untuk mengantikannya dengan perjanjian baharu.”
Ongkili juga sependapat dengan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahmah Hamzah dalam menyifatkan cadangan baharu itu sebagai ‘idea gila’ kerana tiada siapa yang harus mengubah perjanjian asas yang telah membawa kepada pembentukan Malaysia.
Ongkili menegaskan bahawa mengabaikan MA63 bermakna membelakangkan Persekutuan Malaysia.
โIa sama dengan memutuskan ikatan yang menyatupadukan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, dan Sarawak pada 1963. Tindakan ini akan mengembalikan kita kepada status asal dan terpaksa mengkaji semula identiti negeri masing-masing.
โAdakah itu yang rakyat Malaysia mahukan? Berhati-hati dengan apa yang kita terangkan dalam kajian kita pembangunan negara. Kita juga perlu beri perhatian serius untuk mengeluarkan mengeluarkan cadangan yang tidak bertimbang rasa kerana ia hanya akan melemahkan apa yang telah dicapai oleh nenek moyang dan kita semua ke arah pembinaan dan pembangunannegara.
โKita harus membina dan memperkukuhkan kekuatan, keamanan, dan perpaduan negara kita. Kita mesti mengelak bermain dengan semantik dan politik,โ tegas Ongkili. -Nabalunews