Ketua Menteri kunjungi Menteri Pertanian dan Industri Makanan

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini mengunjungi Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Wisma Tani.

Perbincangan kedua pihak meliputi usaha untuk memperkasakan industri pertanian dan industri makanan di Sabah khususnya berkaitan tanaman padi dan perikanan.

Ini merupakan kunjungan sulung Hajiji terhadap Ronald sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 29 September 2020.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Perikanan Ahmad Tarmidzi Ramly dan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Azman Mahmood.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published.