Hanya surat pengesahan daripada Kementerian atau Agensi sahaja yang akan diterima – PDRM

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah sidang media terkini pada 6 Jun 2021 telah mengumumkan bahawa bermula 8 Jun 2021, hanya surat pengesahan daripada Kementerian atau Agensi sahaja yang akan diterima pakai sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak ke tempat kerja.

Dalam pengumuman tersebut, PDRM telah menyenaraikan sektor yang dibenarkan, iaitu 3 buah agensi dan 7 kementerian.

Surat kebenaran ini perlu perlu didapatkan melalui sektor masing-masing:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) – bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) – bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) – bagi sektor pertanian/ perikanan /penternakan /perladangan dan komoditi
Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi – bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi
Bank Negara Malaysia (BNM)– bagi sektor institusi kewangan / insurans
Suruhanjaya Sekuriti (SC) – bagi sektor urusniaga saham
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – bagi sektor kecil/penjaja gerai makanan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (SKMM) – bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran
Kementerian Dalam Negeri (KDN)– untuk semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berada dibawah KDN
Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan 20% pula, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui CIMS 3.0 MITI. Bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dan kes-kes yang baharu (Reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.
Bagi pekerja sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen / invois pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one-off iaitu bagi tempoh 2-3 hari sahaja. Surat penegsahan dariapda majikan perlu dikemukakan sebagai bukti.
Bagi pekerja sendiri (contohnya penjaja tepi jalan / tukang paip / peniaga kecil) permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis.
Surat Pengesahan Kementerian / Agensi Perlu Bertarikh Mulai 1 Jun 2021 Sahaja
Sila ambil maklum bahawa dokumen pengesahan kementerian / agensi yang disenaraikan di atas perlulah bertarikh mulai 1 Jun 2021. Pihak yang tiada dokumen sah atau tamat tempoh sebelum 1 Jun 2021 akan diarahkan berpatah balik.

Sementara itu, turut dimaklumkan bahawa PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak dibawah peraturan rentas sempadan.

Polis turut menegaskan yang mana ketika melalui sekatan jalan raya, mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan, atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas.

Rujuk kenyataan media penuh dalam lampiran di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *