Ebit Lew didakwa di Tenom
TENOM: Pendakwah terkenal dengan kerja amal di seluruh Malaysia, Ebit Lew, dihadapkan di mahkamah, hari ini dipercayai membabitkan 11 pertuduhan, termasuk ada yang berkaitan gangguan seksual.
Tertuduh yang tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, pada jam 9 pagi tadi dan pekarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.
Datuk Seri Abd Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.