Wanita Maut, Tiga Lagi Parah Dalam Kemalangan
KOTA KINABALU: Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua kenderaan di Jalan Tuaran Bypass, di sini awal pagi tadi.
Manakala tiga lagi individu mengalami kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.10 pagi.
Sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Lintas bersama jentera dan unit EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan kenderaan Perodua Alza dan Perodua Kancil. Terdapat empat orang mangsa terlibat, tiga orang mengalami cedera parah dan seorang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, kesemua mangsa cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 menggunakan jentera EMRS dan ambulan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi kemudian ditamatkan pada jam 2.34 pagi. – Sabah360