Vaksin Satu Dos Akan Mempercepat Kadar Imunisasi Kelompok Masyarakat Luar Bandar – Fairuz

KOTA BELUD : Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Sabah, Fairuz Rendan mendorong masyarakat luar bandar untuk menyokong program vaksinasi untuk mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

Dalam satu kenyataan media, Fairuz menyatakan keyakinannya bahawa vaksin dos tunggal akan dapat mempercepat kadar imunisasi kelompok khususnya bagi masyarakat luar bandar dan penduduk pulau di kawasan terpencil yang tidak mempunyai akses atau jalan raya untuk mendapatkan kemudahan penjagaan kesihatan.

Hari ini, sebanyak 650 penduduk pulau dari Pulau Mantanani menjadi penerima pertama vaksin Covid-19 dos tunggal CanSino di Sabah hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan itu juga turut bersama – sama dalam menjayakan program vaksinasi itu, tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *