Usahawan tekstil MARA penuhi pasaran Sabah
PENAMPANG: Usahawan tekstil Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dikenali sebagai Canggih Go kini meluaskan pasaran segmen pakaian seragam sekolah ke Sabah bagi tujuan memenuhi permintaan masyarakat tempatan.
โKita (MARA) ambil inisiatif ini kerana kita sedar usahawan bumiputera mampu berdaya saing dalam bidang jualan pakaian dan barang keperluan persekolahan.
โIni turut membawa kepada pertambahan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan kita, sekaligus membantu usahawan tempatan kita untuk menjana pendapatan mereka,โ kata Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Majlis Perasmian Outlet Canggih Go di sini, kelmarin.
Menurut Azizah, Canggih Go sudah dilancarkan sejak tahun 2021 dan mula beroperasi sejak fasa pandemik.
โSejak awal dibuka tahun lalu, ada tujuh outlet Canggih Go yang berjaya dibuka iaitu dua di Pulau Pinang, dan masing-masing satu di Perak, Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Sabah.
โSaya juga dimaklumkan bahawa usahawan-usahawan kita ini sudah berjaya mencapai nilai jualan sebanyak RM8.85 juta dan kita sasarkan mereka mampu menggandakan pendapatan dan prestasi selepas sektor ekonomi dibuka semula,โ katanya lagi.
Jelas Azizah, usahawan yang bersama Canggih Go akan diberi bimbingan dan latihan berstruktur yang komprehensif dan khusus bagi mencapai objektif program tersebut.
โKita beri taklimat, bimbingan dan khidmat nasihat kepada usahawan kita untul memastikan mereka kekal bertahan dan berdaya saing.
โSelain itu, kita juga ada pembiayaan sehingga RM200 ribu kepada peserta yang mempunyai kelayakan.
โKita juga mensasarkan untuk menambah bilangan pembukaan outlet ini di seluruh negeri Sabah, ke semua daerah, sekaligus memberi kesan bergandadalam rantaian perniagaan lain termasuk logistik,โ tambah Azizah lagi.
Azizah turut menyampaikan sumbangan 30 pasang pakaian seragan persekolahan kepada pelajar dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah, Kinarut, Papar, bersama wang tunai berjumlah RM3,000.
Kedua-dua sumbangan itu adalah daripada pihak My Sutera dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM). -Sabah360