Timbalan Ketua Menteri sembuh dari COVID-19

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan disahkan telah sembuh dari COVID-19 dan dibenarkan keluar dari hospital, semalam.

Dalam satu kenyataan ringkas, beliau mengatakan telah menerima Jeffrey telah menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth sejak 4 Januari lepas setelah disahkan positif wabak berkenaan pada 3 Januari.

Antara yang turut dibenarkan keluar hospital adalah isteri beliau, Datin Seri Panglima Cecilia Kitingan sekitar jam 1 petang, semalam.

Dalam pada itu, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah dalam satu kenyataan ringkas menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi; Pengarah HQE, Dr William Gotulis; Unit Penyakit Berjangkit, Dr Lee Heng Gee, Dr Rachel dan semua kakitangan hospital.

“Paling penting, saya bersyukur dengan perkhidmatan diberikan barisan hadapan kita yang bekerja tanpa mengira penat dan lelah, sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk memerangi COVID-19,” katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *