Tiga kolej kediaman UMS dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR: 3 kolej kediaman milik Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok, 5 April 2021 hingga 18 April 2021, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan akhbar yang diterbitkan di laman Facebook rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia.

Kolej-kolej yang terlibat PKPD adalah KK Tun Mustapha, KK Tun Fuad dan KK Tun Pengiran Ahmad Raffae, semuanya terletak di dalam kawasan kampus induk UMS, Jalan UMS, Kota Kinabalu.

133 ujian saringan telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan daripada jumlah itu, 19 kes positif COVID-19 telah dikesan di lokaliti ini.

“KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan penghuni ketiga-tiga kolej kediaman tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi”, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *