Thomas Logijin dilantik Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah baharu

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah telah melantik Thomas Logijin sebagai Setiausaha Tetap kementerian yang baharu.

Menterinya, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata pelantikan terbabit bagi mengganti Setiausaha Tetap sebelum ini, Datuk Madiyem Layapan yang bersara wajib pada Isnin lepas.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri itu berkata pihaknya berharap dengan lantikan terbabit, satu kerjasama akan terjalin dalam usaha untuk melaksanakan semua program kementerian.

Turut hadir dalam majlis lantikan terbabit, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Tseu Kei Yue dan Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tommie Philip.

Sebelum ini, Thomas telah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Tetap bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *