Terus bertindak bantu mangsa kebakaran di Kg. Sundang Laut, Sandakan

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor telah menyampaikan simbolik sumbangan kerajaan negeri Sabah sebanyak RM37,000 kepada Cik Hazulizah Md Dani, PPM Sekong dengan disaksikan oleh Tuan Safaruddin Bin Abu , Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Batu Sapi yang mewakili 74 ketua isi keluarga mangsa kebakaran di Kg. Sundang Laut, Sandakan.

Ketua Menteri berharap agar sumbangan ini akan mampu meringankan sedikit bebanan dan kesan musibah kebakaran kepada keluarga-keluarga yang terlibat.

Turut bersama menyaksikan penyampaian sumbangan tersebut ialah YB Datuk Seri Panglima Sr Hj Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tuan Haji Ag  Shaminan Datuk Sahari, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.