Tanah runtuh: Stor simpanan ubat KKM musnah

KOTA KINABALU – Sebuah stor simpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit, di sini malam Jumaat.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga kenderaan dan sebuah motosikal kakitangan KKM, serta tiga kenderaan orang awam turut tertimbus dalam kejadian itu.

“Kejadian berlaku malam tadi, bagaimanapun JBPM Sabah hanya menerima laporan kejadian itu pada jam 11.19 pagi tadi…tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu. Tiada operasi yang dilakukan, hanya memantau dan mengambil maklumat di lokasi kejadian.

“Bomba telah menyampaikan maklumat kepada pihak polis agar memaklumkan kepada ketua kampung untuk mengarahkan penduduk mengosongkan rumah di kawasan sekitar sebagai langkah keselamatan,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sabah telah memasang sawar di kawasan kejadian sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang lebih teruk berlaku selain memastikan orang ramai tidak memasuki kawasan tersebut.

“Pihak bomba juga menyarankan agar polis memaklumkan kepada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menganalisis kawasan tanah runtuh untuk mengetahui punca sebenar kejadian. Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada 12:30 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Sheldon Elve Gungkit, 30, yang tinggal berhampiran lokasi kejadian itu berkata, kejadian itu sebenarnya berlaku sekitar jam 6.30 petang Jumaat.

“Pada mulanya tanah hanya runtuh sikit-sikit..namun kira-kira jam 11 malam saya dengar bunyi hentakan yang kuat, macam durian jatuh.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/159558/BERITA/Semasa/Tanah-runtuh-Stor-simpanan-ubat-KKM-musnah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Leave a Reply

Your email address will not be published.