Tak perlu takut terima vaksin COVID19: Bung

KOTA KINABALU: Masyarakat diingatkan untuk tidak berasa takut bagi menerima suntikan vaksin COVID9 yang akan berlangsung secara berfasa mulai bulan ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Bung Moktar Radin berkata, meski terdapat banyak keraguan yang disuarakan masyarakat, vaksin itu ternyata berkesan dalam mengekang penularan wabak  berkenaan.

“Beberapa buah negara luar yang lebih dahulu menjalankan program seumpama, kini mampu menurunkan kadar kes di negara-negara mereka.

“Untuk tujuan vaksin, saringan kesihatan juga akan dilakukan sebelum vaksin diberikan dan  memastikan tiada kesan sampingan yang serius berlaku.

“Oleh yang demikian, kita berharap kerajaan persekutan dan negeri dapat menjalankan program ini mengikut garis panduan yang ditetapkan,” katanya ketikaย ditemui media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini.

Dalam pada itu, Bung turut menjelaskan tujuan kunjungan pada tersebut adalah untuk memaklumkan Tun Juhar mengenai perkembangan semasa pambangunan jalan raya dan perhubungan negeri serta sambutan ulang tahun UMNO di Sabah yang ke-30, hari ini. -SUMBER: JABATAN PENERANGAN SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *