Sumbangan RM148,700 kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan sebanyak RM148,700 kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah yang diterima oleh Datuk Dr. Mistirine Binti Radin, Pengarah Pendidikan Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Sumbangan ini sebagai menghargai dan mengenang jasa serta sumbangan guru-guru dan warga pendidikan di Sabah.

Ketua Menteri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kepemimpinan sempena majlis tersebut kepada Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul. Beliau merupakan mantan Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Antara sumbangan beliau dalam dunia pendidikan di Sabah ialah inisiatif pengambilan guru interim bagi subjek Pendidikan Islam di Sabah sehingga berjaya memberi peluang kepada ramai graduan agama di Sabah mendapat pekerjaan. Sebagai tanda penghargaan, beliau menerima kalung loket emas, wang tunai RM3000 sumbangan Bank Islam Malaysia Berhad dan sijil penghargaan.

Turut menerima anugerah daripada Ketua Menteri ialah Dr. Shirley Tay Siew Hong, mantan Pengetua Cemerlang (Jusa C) SMK Sanzac Kota Kinabalu. Beliau menerima Anugerah Tokoh Guru. Dr. Shirley Tay Siew Hong telah berkhidmat selama 31 tahun dalam dunia pendidikan. Sebagai tanda penghargaan, beliau menerima kalung loket emas, RM3000 Sijil Simpanan Premium sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan sijil penghargaan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah dan Haji Abidin Bin Marjan, Timbalan Pengarah (Sektor Pengurusan Sekolah), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.