SOP kehadiran ke masjid dikemaskini

KOTA KINABALU : Prosedur operasi standard (SOP) untuk kehadiran ke masjid di negeri ini kini dikemaskini dengan membenarkan 50 peratus jemaah untuk hadir ke masjid dan surau.

SOP terdahulu yang hanya membenarkan maksimum 150 orang kehadiran jemaah atau satu pertiga ruang lantai tertutup tidak lagi terpakai mulai esok.

Menurut jurucakap rasmi perkembangan Covid-19 negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun, SOP yang akan berkuatkuasa esok ini memerlukan kerjasama semua ahli jemaah iaitu dengan memastikan hanya individu yang lengkap suntikan vaksinasi yang memasuki ruang masjid atau surau.

Penjarakan fizikal satu meter juga masih digunapakai sebagai langkah berjaga – jaga dan dinasihatkan untuk menyediakan tanda jarak bagi kegunaan ahli jemaah.

Sekiranya didapati ada jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli jemaah, semua ahli jemaah yang hadir pada tarikh yang terbabit perlu melakukan saringan kendiri, dan proses sanitasi perlu dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *