Skuad Prihatin DUN Pintasan aktif bantu mangsa banjir

KOTA BELUD: Skuad Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan khususnya bagi membantu mangsa banjir yang terputus bekalan makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan berkata usaha skuad itu telah dimulakan dengan memfokuskan kepada usaha untuk membantu penduduk di Pintasan yang dilanda musibah, termasuk menjadi mangsa kejadian bencana alam.

“Usaha kita kali ini adalah dengan mengedarkan bekalan bakul makanan, air minuman dan beras kepada penduduk kampung di kawasan terjejas banjir kepada lebih 150 buah kediaman penduduk sekitar.

“Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di kawasan yang agak dalam misalnya kali ini yang menjadi tumpuan kita ialah di Kampung Kota Bungan dan terputus hubungan akibat daripada keadaan banjir dan jalan utama tidak dapat digunakan lagi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published.