Setinggan punca lambakan sampah, cemari destinasi pelancongan Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membelanjakan jutaan ringgit setiap tahun bagi membersihkan sampah di kawasan persisiran pantai dan perairanย Taman-taman Sabahย (TTS).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihak TTS ada menugaskan kontraktor dan kakitangan bagi membersihkan sampah setiap hari.

Beliau berkata, masalah sampah di perairan Sabah sukar dikawal selagi masih ada perkampungan setinggan atas air seperti di Pulau Gaya dan Kampung Sembulan.

โ€œApabila penduduk setinggan membuang sampah sebarangan, ia akan dihanyutkan ke persisiran pantai semasa air pasang.

โ€œKeadaan sebegini akan mencacatkan imej Sabah sebagai destinasi pelancongan,โ€ katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Pewartaan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) Ke-48, semalam.

Menurut beliau, pengunjung ke TTAR boleh mencecah 5,000 orang sehari sebelum pandemik Covid-19 maka, TTS perlu memastikan perairan berkenaan sentiasa bersih.

Mengulas tentang aktiviti pengeboman ikan di perairan Sabah, Jafry berkata, sejak kebelakangan ini, masalah pengeboman ikan terkawal dengan pemantauan dan rondaan berterusan oleh pasukan keselamatan.

Justeru, Taman-taman Sabah sentiasa bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan bagi memantau aktiviti pegeboman ikan di kawasan taman di seluruh negeri ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian sedang dalam proses akhir untuk mewartakan kenaikan yuran masuk kesemua taman dan pulau di bawah pengurusan TTS.

Pewartaan itu dijangka dilakukan pada hujung tahun ini dan pelaksanaan yuran baharu dijangka dikuatkuasakan serta-merta.-ย UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *