SESB Tawar Ganjaran Pemberi Maklumat Kes Curi Elektrik

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menawarkan imbuhan sehingga RM1,000 kepada sesiapa yang tampil memberikan maklumat mengenai kegiatan mencuri elektrik dan kes mengusik pemasangan meter elektrik di Sabah dan Labuan.

Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB Ir Norhizami Abu Hasan berkata, pemberian imbuhan atau ganjaran itu adalah antara langkah baharu syarikat utiliti berkenaan dalam usaha membanteras kecurian elektrik dan gangguan meter khususnya dalam kalangan pengguna komersial dan industri.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan berkenaan boleh melaporkan terus kepada Pasukan Petugas Pengekangan Kecurian Tenaga Elektrik (PTKE) SESB di talian 088- 282778, 282779 atau 282771.

“Dalam usaha untuk membanteras kejadian kecurian elektrik dan kes usikan pemasangan meter, SESB meluluskan dasar pemberian imbuhan kepada pemberi maklumat.

“Ia membabitkan maklumat mengenai kes usikan pemasangan meter yang dilakukan pengguna komersial dan industri sahaja, tidak terpakai kepada pengguna domestik.

“Maklumat itu akan disalurkan oleh Pengurus Zon, Pengurus Kawasan atau Pengurus Cawangan kepada Sekretariat PTKE untuk tindakan selanjutnya.

“Pembayaran imbuhan kepada pemberi maklumat akan dibuat setelah terbukti berlakunya kes dan SESB memperolehi jumlah tuntutan yang sepenuhnya daripada pihak yang bersalah melakukan usikan kepada pepasangan meter SESB,” katanya.

Penguatkuasaan dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang yang termaktub mengikut Seksyen 38(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 pindaan 2016 yang mana SESB boleh menuntut ganti rugi bagi keseluruhan kerugia – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.