SESB pastikan pengguna dapat diskaun PEMULIH

KOTA KINABALU: Pengguna di negeri Sabah tidak ketinggalan mendapat manfaat daripada pengumum PEMULIH Perdana Menteri Malaysia yang melibatkan diskaun cas elektrik untuk meringankan beban rakyat.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Idris Mohd Noor berkata diskaun ini akan diberi kepada kumpulan sasar berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 1 Julai hingga 30 September depan.

Katanya kerja-kerja konfigurasi terhadap sistem pembilan SESB sedang dilaksanakan bermula pada awal Julai lagi untuk merekod masuk diskaun bil elektrik dan pengguna akan menerima bil elektrik lewat untuk bulan Julai ini.

โ€œSESB menghentikan bacaan meter di tapak bagi mengemaskini sistem pembilan untuk memastikan diskaun tersebut dapat diberikan kepada semua pengguna.

โ€œKita sentiasa berusaha untuk memastikan pelaksanaan disakun PEMULIH berjalan dengan lancar.

โ€œAkaun pengguna akan dibilkan secara anggaran di dalam sistem berdasarkan amaun bil pada bulan sebelumnya dan akan diselaraskan apabila bacaan di sebenar di tapak dilaksanakan pada penghujung Julai ini,โ€ katanya.

โ€œSESB juga menyarankan pengguna untuk mengemaskini maklumat data pengguna bagi memudahkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan SESB disalurkan kepada pengguna termasuk perkhidmatan menerima pesanan ringkas (SMS) berkaitan maklumat bil,โ€ katanya.

Dalam pada itu katanya SESB turut menangguhkan pemotongan bekalan elektrik sehingga 31 Ogos depan untuk semua pelanggan SESB.

Tambahnya pengguna juga boleh menghubungi SESB Careline di talian 15454 atau 088- 515000, 019- 852 5427 (aplikasi Whatsapp) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *