SESB beri sumbangan bernilai 60 ribu ringgit kepada waris wira-wira terkorban peristiwa Tanduo.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan acara sumbangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada waris wira-wira barisan hadapan yang terkorban semasa peristiwa Tandou.

“Menghargai jasa dan pengorbanan wira negara yang terkorban dalam peristiwa Tanduo. Walau 9 tahun sudah berlalu, sejarah hitam peristiwa Tanduo masih segar dalam ingatan. Jasa serta pengorbanan wira-wira kita yang telah terkorban tetap kita kenang dan hargai selamanya.

“Terima kasih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) atas sumbangan bernilai RM60,000.00 kepada 8 orang waris anggota PDRM yang terkorban dan 12 anggota PDRM yang mengalami kecederaan semasa peristiwa Tanduo sebagai tanda ingatan dan menghargai jasa wira negara kita. Kita juga amat menghargai sumbangan sebanyak RM50,000.00 yang disalurkan kepada tabung khas polis.

“Semoga sumbangan ini mampu memberikan sedikit sinar kepada semua waris mangsa peristiwa Tanduo dan saya doakan mereka agar terus kuat dan tabah,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *