Seronok dapat beli buku harga rendah

KOTA KINABALU: Mengambil kesempatan dengan berlangsungnya Pesta Buku Kinabalu 2022, Hezzayd Anaqi Heznan, 10 memujuk ibubapanya untuk berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru, pada Sabtu.

“Seronok melihat banyak buku dan komik di jual hari ini, abang di gerai bagi diskaun, jadi saya dapat pujuk daddy belikan dengan harga yang murah.

“Lagipun hari ini saya dapat baca banyak buku di bahagian kanak-kanak, boleh membantu saya untuk isi dalam rekod bacaan NILAM sekolah,” ujarnya gembira.

Pesta Buku Kinabalu 2022 berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 18 September dengan pelbagai pengisian seperti Taklimat Bengkel dan Sesi Dialog serta dirasmikan oleh Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif. – (Malaysiaaktif)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *