Seramai 2,643 graduan berasal dari Sabah tamat pengajian di UMS

KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) YBhg Profesor Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin telah telah memberi taklimat mengenai istiadat konvokesyen yang bakal diadakan dari 26 Mac hingga 31 Mac 2022 ini sempena kunjungan hormat beliau di Menara Kinabalu sekali gus menyampaikan jemputan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor untuk menghadiri majlis konvokesyen UMS.

“Pastinya para graduan sudah ternanti-nanti untuk menyarung jubah konvokesyen dan meraikan kejayaan mereka di menara gading, lebih-lebih lagi apabila majlis konvokesyen terpaksa ditangguh berikutan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Ini adalah satu berita gembira buat semua graduan yang telah tamat pengajian. Seramai 2,643 graduan berasal dari Sabah, manakala 134 merupakan pelajar antarabangsa. Dalam jumlah ini, 67 siswazah yang akan menerima PhD dan 287 menerima Ijazah Sarjana.

“Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua para graduan. Tahniah atas kejayaan anda menamatkan pengajian!,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *