Semua PPS di Pitas sudah ditutup

KOTA KINABALU: Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah mengumumkan penutupan semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Pitas.

Penutupan penuh dilakukan keatas dua PPS terakhir di sini, iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab, kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi.

559 mangsa banjir membabitkan 183 keluarga dari Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibungan, Kampung Boribi dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung yang berlindung di PPS berkenaan pagi tadi telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berikutan keadaan banjir di kawasan terbabit telah pulih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.