Semua ADUN GRS sumbang gaji untuk dana pengurusan COVID-19

KOTA KINABALU : Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sabah daripada Gabungan Rakyat Sabah menyumbang 30 peratus gaji mereka, selama sebulan untuk disalurkan ke dalam dana pengurusan COVID-19. Usaha ini untuk membantu lebih ramai rakyat yang terjejas dalam keadaan pademik COVID-19 yang melanda negeri Sabah.

Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor merangkap Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah dan Kabinet Negeri Sabah mengambil keputusan pemotongan gaji 50 peratus semua menteri dan pembantu menteri, selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini, gaji yang dipotong ini juga disalurkan ke dalam dana pengurusan COVID-19 negeri Sabah.

“Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik COVID-19.

“Kami dalam Kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,” katanya dalam siaran media oleh media Pejabat Ketua Menteri Sabah.” Katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published.