Sabah miliki kelebihan promosi kerjasama ekonomi di wilayah BIMP-EAGA

Kota Kinabalu: Sabah memiliki kelebihan berada di barisan hadapan dalam usaha mempromosikan kerjasama ekonomi yang lebih rapat di Kawasan Pertumbuhan Asean Timur โ€“ Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kelebihan itu berdasarkan lokasi negeri ini di tengah kedudukan strategik Asia Tenggara selain terletak di tengah wilayah BIMP-EAGA.

โ€œMenerusi kerjasama sub wilayah ini, Sabah berada di barisan hadapan untuk mempromosikan kerjasama ekonomi yang lebih rapat.

โ€œSabah akan memainkan peranannya untuk memastikan kejayaan pelan kebangkitan semula, antaranya pembangunan Koridor Ekonomi BIMP-EAGA,โ€ katanya dalam ucaptama Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Hajiji berkata, selain kedudukan strategik, Sabah juga dilengkapi kemudahan bagi menyokong aktiviti ekonomi termasuk kerjasama berkaitan pembangunan tenaga serantau dengan negeri dan negara jiran.

Katanya Perjanjian Pertukaran Tenaga Sabah โ€“ Sarawak 275 kV Interconnection yang menyokong Grid Borneo dan menjadi pelengkap kepada Projek Sambungan Grid Tenaga Trans Borneo Sarawak โ€“ Kalimantan Barat penting kepada projek Grid Tenaga Asean yang turut memberi manfaat kepada negeri ini.

โ€œIni akan meningkatkan lagi sistem bekalan tenaga di Sabah. Bekalan elektrik yang stabil, selain air secara langsung menaikkan pelaburan asing dan tempatan selain menyokong pertumbuhan industri pembuatan dan sektor huluan.

โ€œIa juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor industri ringan dan berat,โ€ katanya sambil menambah bekalan tenaga dan air adalah dua kemudahan penting diberi perhatian oleh kerajaan, termasuk projek hidro elektrik.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, beliau mahu menjadikan Sabah sebagai hab wilayah yang berpotensi dalam bidang pembuatan, maritim dan pengangkutan untuk negara maju dan membangun.

Beliau berkata Sabah juga akan mendapat manfaat daripada Kerjasama Ekonomi Komprehensif Wilayah yang berkuatkuasa pada awal bulan ini.

โ€œRancangan pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur juga membawa kebaikan kepada Sabah.

โ€œDengan semakin ramai orang dan ahli perniagaan berpindah ke Borneo, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan kita dan mengembangkan aktiviti ekonomi.

โ€œPelabur tempatan dan asing akan mendapat akses ke sub wilayah ini yang memiliki luas pasaran lebih 70 juta penduduk dan akan terus berkembang,โ€ katanya.

Di pihak kerajaan Pusat, katanya pelaburan untuk membina Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia antara usaha yang disasar membantu merancakkan ekonomi.

โ€œSaya percaya dengan menghubungkan lebuh raya itu dengan Lebuhraya Trans โ€“ Kalimantan di Indonesia sangat penting dalam membina kesalinghubungan dan menggalakkan jaringan ekonomi,โ€ katanya.

Selain itu, katanya usaha mengukuhkan liputan internet juga sangat penting ke arah menjadikan Sabah sebuah wilayah ekonomi digital yang berdaya saing.

โ€œSemua ini menjelaskan bahawa Sabah terbuka untuk perniagaan. Kita mempelawa usahawan, ahli perniagaan dan pelabur untuk melihat lebih dekat potensi yang ditawarkan Sabah,โ€ katanya.

Beliau menambah, Sabah juga sentiasa berminat untuk meneroka kerjasama menang-menang di antara sektor awam dan swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *