Sabah Mengumpul 111,346 Kes Secara Kesuluruhan Setakat 18 Ogos 2021

KOTA KINABALU : Sabah kekal sebagai negeri kedua tertinggi kes jangkitan Covid-19 pada hari ini dengan mencatatkan jumlah kes harian sebanyak 2,413 kes. 18 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan di Sabah pada hari ini.

Sabah turut menjadi negeri ketiga tertinggi dalam menyumbangkan kluster komuniti iaitu setakat ini sebanyak 94 kluster dilaporkan dan menyumbang sebanyak 10.7% pelaporan kluster kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malaysia pada hari ini secara keseluruhannya telah mencatatkan kes sebanyak 22,242 kes jangkitan Covid-19 dan kes sembuh dicatatkan sebanyak 19,680 kes hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *