Sabah Melaporkan 2,310 Kes Jangkitan Covid-19

KOTA KINABALU : Malaysia melaporkan kes harian jangkitan Covid-19 sebanyak 19,268 kes dan 295 kes kematian dilaporkan. Sabah masih mengekalkan kes empat angka di mana hari ini kes jangkitan Covid-19 di negeri itu adalah sebanyak 2,310 kes dengan 42 kes kematian direkodkan.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS ) menyasarkan 40 peratus populasi dewasa di negeri itu untuk mendapatkan suntikan vaksin akhir Ogos ini.

Menurut jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, seramai 37.1 peratus populasi dewasa negeri itu telah menerima suntikan penuh vaksin dan lebih kurang 56.3 peratus telah menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 setakat 29 Ogos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *