Sabah Masih Dengan Kes Melebihi 3000 Hari Ini

KOTA KINABALU : Negara merekodkan kes harian jangkitan Covid-19 sebanyak 22,070 kes hari ini menjadikan kumulatif kes sebanyak 1,662,913 kes jangkitan Covid-19 setakat 27 Ogos 2021.

Sabah masih kekal dengan kes empat angka di mana hari ini, Sabah telah merekodkan 3,010 kes jangkitan Covid-19 menjadikan kumulatif kes di negeri itu mencapai angka 137,527 kes.

Sebanyak 339 kematian di negara dilaporkan hari ini dan Sabah telah menyumbang sebanyak 41 kes kematian hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *